Suai Kenal (Penguasaan Pelajar Dalam Pelajaran)

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pembukaan lembaran 2019, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan satu aktiviti berbentuk pembelajaran dengan dinamakan sebagai Aktiviti Suai Kenal bagi menilai dan mengetahui sejauh mana penguasaan pelajar-pelajar yang sering berkunjung ke pusat internet ini.

Aktiviti ini diadakan pada 12 Januari 2018 (Sabtu). Objektif aktiviti ini adalah bagi membantu peserta dalam pembelajaran mereka. Aktiviti ini diadakan selama 4 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar 8 orang pelajar iaitu pelajar dari tahun 2 hingga tahun 5 .

Semasa aktiviti ini, pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama 4 orang dikalangan pelajar tahun 2 dan 3. Kumpulan pertama ini diberi 4 latihan Matematik dengan menyelesaikan Operasi tambah dan tolak dan kemudian pembacaan beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Manakala Kumpulan ke 2 adalah dikalangan pelajar tahun 4 hingga 5 seramai 4 orang juga. Latihan yang diberikan adalah dengan membaca petikan suratkhabar berbahasa Melayu dan petikan dari buku latih tubi sekolah rendah dalam Bahasa Inggeris. Kumpulan ke 2 ini, dikehendaki untuk membuat beberapa Sifir bagi menguji penguasaan mereka dalam Sifir.

Dari pemerhatian daripada aktiviti ini, kami telah mengenal pasti kelebihan dan kelemahan peserta-peserta yang hadir. Oleh yang demikian, Pusat Internet Rantau Panjang akan cuba untuk mengadakan aktiviti berbentuk pembelajaran bagi membantu pengunjung setia kami yang terdiri daripada pelajar-pelajar ini. Apa yang kita harapkan semoga terus maju dalam pembelajaran mereka seiring dengan kemajuan teknologi masa kini.




Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali